Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani / Foto : Mohamad Azmi Awang Haji Damit, Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Muhammad Asri Awang Haji Abas
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 4 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, berkenan menerima mengadap Perdana Menteri Republik Demokratik Timor-Leste, Tuan Yang Terutama Kay Rala Xanana Gusmão yang berada di Negara Brunei Darussalam (NBD) bagi Lawatan Rasmi pada 3 hingga 6 Mei 2026.
Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Cheradi Laila Kenchana, Istana Nurul Iman dan berangkat sama ke majlis tersebut ialah kerabat diraja.
Turut hadir, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin selaku Menteri Pengiring dan delegasi rasmi Republik Demokratik Timor-Leste.
